Thursday, 13 February 2014

KEK HARIJADI

Assalamualaikum.....cuaca sekitar Batu Caves agak panas hari ini tapi tak sepanas beberapa hari lepas kerana semalam hujan....Alhamdulillah.....kalau yang lepas lepas asyik tayang kek kahwin je, haaaa....AC kali ni dapat tukar angin pulak buat kek birthday....harap yang menempah berpuas hati....kali ni kek siap dalam kotak yang cantik dan ade lilin birthday....kalau ade yg berminat set kek rainbow 8" dgn filling chocolate ganache dan topping swiss merangue buttercream didalam kotak bertingkap dan berlilin birthday...berharga RM100. Tiade penghantaran.....kecuali sekitar Batu Caves....pickup di Giant Batu Caves....selain tu yg menempah kek birthday ni turut menempah kek swiss roll...harga RM15 sebiji....dengan inti freshcream dan filling pilihan sama ada choc ganache, strawberry, blueberry atau kiwi.....sekian wassalam. ..

Tuesday, 11 February 2014

KEK HARIJADI

Assalamualaikum....musim cuaca panas dan kering sedang melanda Kuala Lumpur....bagaimana agaknya ditempat rakan-rakan semua....agaknya sama juga...pastinya tugas harian menjadi semakin mencabar....begitu juga hubungan kita dengan orang sekeliling....bahang cuaca kekadang menguji kesabaran dan keimanan....pada suami yg ingin menyambut harijadi isteri tersayang, kek yang istimewa mampu menyentuh hati si isteri dan menyejukkan bahang kepanasan yg sedang membara...cewah .....bermadah pula.....kek yg dipaparkan ditempah khas dari suami buat isteri tersayang....yg cite atas tu takde kene mengena ngan suami isteri yg menempah ni ye....hehe.....kek lapis choc cheese kukus saiz 8"....deco swiss merangue buttercream dan choc ganache serta bunga fondant....harga RM70. Untuk tempahan hubungi atau whatapps di talian 01112272821 atau kunjungi www.facebook.com / Aleesya Cakes.

Friday, 7 February 2014

KEK PERKAHWINAN

Assalamualaikum....
Hari ini Aleesya Cakes telah berjaya menyiapkan satu lagi kek perkahwinan untuk sebuah majlis perkahwinan di ampang yang telah dijayakan oleh Fajara Caterers. Kek dua tingkat yang berharga RM150 terdiri daripada kek choc moist 10" dan kek sponge strawberry 8"....Filling kek strawberry dan topping kedua dua kek adalah swiss merangue buttercream. Untuk tempahan blh hubungi atau whatapps ke talian 01112272821.

Monday, 3 February 2014

KEK PERKAHWINAN

Asskm....semalam Aleesya Cakes telah menyediakan dua buah kek perkahwinan yang dilangsungkan di dewan dato keramat dan shah alam....turut sama menjayakan majlis di dua tempat tersebut adalah Fajara Caterers .... saiz kek dan jenis adalah sama seperti tempahan kek perkahwinan yang lalu.....jom jamu mata....